23 August 2009

SUDAHKAH ANDA MELINDUNGI ANAK2 ANDA




22 November 2008

KEMALANGAN TIDAK DI DUGA

Sekadar renungan...

Hidup adalah satu risiko. Sesetengan orang berpendapat bahawa risiko boleh dielakkan jika kita bersedia lebih awal. Semalam saya berjumpa dengan seorang sahabat baik saya. Terdetik di hati saya untuk menceritakan kisah yang berlaku padanya beberapa bulan yang lalu.

Saya masih lagi teringat. Pada suatu petang sahabat saya ni memanggil saya ke rumahnya. Katanya ibunya ingin berjumpa dengan saya untuk bertanyakan berkenaan insuran yang saya jalankan ini. Kebetulan... mereka mula sedar insuran penting bagi setiap manusia yang bernyawa. Kesedaran ini bermula apabila ayah kepada sahabat saya ini diserang MINOR STROK. Ayahnya dibawa ke hospital daerah tetapi terpaksa pula (kemudian) dihantar pula ke hospital besar kerana ketiadaan pakar dan peralatan. Apabila sampai di hospital besar terpaksa pula tunggu giliran... semua jadi tak tentu arah ketika itu... sedangkan ayahnya sedang sakit... Nasib baiklah adik ayahnya tu kira orang berada lah juga... beliau yang bekerja di Sarawak meminta ahli keluarga saya bawa abangnya (ayah sahabat saya) tu ke hospital swasta (KMC). Selepas tu semuanya mula berjalan lancar.

Seminggu lebih juga ayah sahabat saya ni duduk di KMC. Selepas keluar KMC beliau terpaksa lagi membuat rawatan susulan sebulan sekali... CUBA TUAN2 dan PUAN2 BAYANGKAN... Berapa kos yang terpaksa ditanggung oleh keluarga ini kerana si ayah tadi TIDAK MEMPUNYAI INSURAN. Nasib tak baik lagi... kesan dari serangan strok tersebut, ayahnya terpaksa cuti sakit. Berapa lama? Sampai sembuh. Bila nak sembuh? Entah lah...

Berbalik kepada cerita awal tadi apabila saya diminta menerangkan perihal INSURAN TAKAFUL BSN PRUDENTIAL kepada ibu sahabat saya tadi. Saya pun datang lah ke rumah dia sambil tu boleh lah melawat ayahnya sekali. Saya pun cerita... mereka tanya... saya jawap... mereka tanya... saya jawab... akhirnya dapatlah solutionnya...

Agak2nya mereka beli ke tak beli insuran tu? Jawapannya mereka nak beli. Saya pun buat apa yang patut... tapi last minute tak jadi beli... tangguh dulu sebab duit nak guna untuk buat susulan medikal ayahnya. Last sekali ayahnya sambung buat susulan perubatan di hospital besar kerajaan kerana simpanan dah mula susut hingga terpaksa jual satu dua barang yang mereka sayang sebelum ini. Pasal insuran pula emaknya minta tempoh hingga bulan MAC 2008. Saya tak kisah itu hak mereka. Sekurang2nya saya dah jalankan amanah saya sebagai manusia dan mereka juga sudah mula sedar akan kepentingan memiliki INSURAN.

Malang tidak berbau... pada tanggal 6 MAC 2008 (dua hari sebelum pilihanraya), sahabat saya telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri. Beliau telah dilanggar oleh seorang yang tidak bertanggung jawab melanggar lampu merah lampu isyarat. Inilah yang dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga pula. Sekali lagi berlaku seperti ayahnya. Sebab tak sempat ambil INSURAN terpaksa hantar ke hospital kerajaan berdekatan... kemudia terpaksa pindah pula ke hospital besar kerana ketiadaan pakar dan kurang peralatan. Sahabat saya koma seminggu lebih di wad ICU... Bayangkan lah keadaan waktu tu... Suami belum sihat betul lagi, anak pula koma, bagaimana nasib ibunya. Kami kawan2 hanya mampu menolong setakat terdaya.


Saya pendekkan cerita, selepas sahabat saya balik rumah saya ada juga datang melawat dia sekali dua dalam seminggu. Untuk tidak membosankan dia di rumah. Bila dia dah beransur pulih kami kawan2 selalu bawa dia jalan2 ke luar rumah bagi membantu mempercepatkan daya ingatannya kembali kerana kepalanya pecah (macam tempurung kelapa yang dibelah). Sahabat saya pun beransur pulih. Alhamdulillah kira cepat juga dia pulih... kuasa Tuhan yang Maha Esa. Tetapi episod sedih mereka belum berakhir...


Sekali lagi ayah sahabat saya diserang strok. Kali ini agak berat... dan ayahnya disahkan meninggal dunia di hospital besar alor star. Sekali lagi ibunya tersentak... Kami hanya mampu berdoa agar ibunya diberi ketabahan oleh yang maha Esa. Kadang2 hati kecil saya terusik... kalau lah ayah dia INSURAN tentu beban mereka dapat dikurangkan... Kalau lah sahabat saya INSURAN sudah tentu dia dapat membantu sedikit sebanyak kesusahan keluarganya hari ini. dan KALAU LAH SAYA BOLEH MEMAKSA MEREKA AMBIL INSURAN DENGAN SAYA HARI TU... SUDAH TENTU SAYA MAMPU MERINGANKAN SEDIKIT KESUSAHAN MASA DEPAN MEREKA... Tapi saya tidak ada kuasa untuk memaksa sesiapa untuk buat begitu...


Apa yang saya ceritakan ini bukanlah untuk menunjukkan sesuatu yang buruk tentang orang lain. Hanya sekadar luahan hati kecil. Mereka sudah merancang untuk mengambil INSURAN dengan saya tetapi takdir telah menentukan keadaan menjadi begitu. Dan bagi anda... pernahkah anda mendapat kabar setiap apa yang akan terjadi kepada anda sebentar lagi?

Saya bukan meminta... tapi saya ingin bertanya adakah anda yakin anda akan selamat sampai ke rumah hari ini...? Adakah anda yakin keluarga anda semua berada di rumah apabila anda pulang hari ini...? Adakah anda sudah meninggalkan keperluan secukupnya kepada keluarga anda jika sesuatu berlaku kepada anda hari ini...? Sanggupkah anda membiarkan keluarga anda hidup susah untuk demi mendapatkan wang untuk kos perubatan anda...?

Jika anda sayangkan keluarga anda lindungilah mereka dengan INSURAN. Ambillah mana2 pun insuran. Tak kisah jika anda ambil dari mana2 syarikat pun... tapi pastikan anda mendapat yang terbaik... pastikan ada Medikal Kad. DI PRUDENTIAL BSN TAKAFUL kami menawarkan :

MEDIKAL KAD - min RM150,000 untuk kos rawatan anda. Setahun anda boleh guna sehingga RM50,000.

BENEFIT KEMATIAN - pusaka untuk keluarga anda. Contoh RM50,000 bergantung kepada nilai sumbangan caruman anda.

HILANG UPAYA KEKAL - duit sara hidup anda. Contoh RM50,000 bergantung kepada nilai sumbangan caruman anda.

TERKENA 1/36 JENIS PENYAKIT - min RM10,000 sekali gus untuk berubat kampung dan belanja2 lain. Kos medikal potong dari medikal kad.

KEMALANGAN MATI/H.Upaya - min RM20,000 bergantung kepada nilai sumbangan caruman anda.

ELAUN WAD - RM200 ke RM300 sehari jika anda masuk wad 6 jam ke atas

AUTO SAVING dan lain2 lagi...

Jika anda berminat untuk mengetahui serba sedikit pasal pakej yang kami tawarkan sila hubungi saya untuk temujanji. Terima kasih - ASRI 012-4629826